Kesimpulan dari kata-kata di atas adalah bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Memang sebagai manusia kita akan sering mengukur kelebihan yang ada pada orang lain tanpa memikirkan kelebihan-kelebihan yang ada pada kita. Mungkin ramai disekeliling kita yang turut sama mengagumi dan mengidamkan kehidupan seperti yang kita ada, tetapi kita pula sibuk mengidamkan kehidupan seperti orang lain. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jika nikmat syukur itu dapat dihayati, maka hidup kita akan sentiasa dilimpahi kegembiraan dengan setiap apa yang diperolehi dan yang kita ada. Peringatan ini ditujukan khas buat diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sentiasa memandang dan mengagumi kehidupan orang lain berbanding diri sendiri...ehehehe...